Total Pageviews

Monday, February 15, 2016

Berhijab


After quite some times, I realized that Allah, He really is a great planner. Segala pencaturan & perancangan dia melebihi segala yang terlintas dek akal, terindah di langit dan dibumi. Aku tak tahu macam mana nak describe betapa bersyukurnya aku atas perjalanan hidup yang telah aku lalui sepanjang 26 tahun hidup dekat dunia ni. KAdang sampai aku terfikir, Ya Allah dengan dosa aku yang dulu, kau masih mengurniakan kebahagiaan yang tak pernah aku sangka aku akan dapat Ya Allah. Sungguh Engkau Maha Adil.

Mengimbau kembali (ecehh kemain ayat) mengingatkan kembali zaman kejatuhan aku. Tentang betapa kecewanya hati kerana diperlukan sebegitu hina & keji oleh seorang manusia bernama lelaki yang membolak balikkan hati. Yang tinggalkan aku separuh mati. Ternyata Allah itu adil. penderitaan dan patah hati aku diubat. Ingat lagi tentang betapa hilang arahnya aku disaat aku ditinggalkan itu. Sakit pedih hati hanya Allah yang tahu. 2 minggu sebelum hari jadi aku yang ke 25.Ye aku masih ingat lagi. Jelas. Tidak bukan untuk mengingatkan si dia yang dahulu. Tapi untuk mengingatkan aku tentang betapa beruntungnya aku kerana hadirnya si dia yang sekarang.

Tentang betapa hancurnya hati aku. Sedih pedih. 1 1 persatu Tuhan tunjuk kebenaran. Dan sekarang baru aku sedar. Allah takkan bagi apa yang bukan milik kita pada masa yang kita belum lagi ready mahupun bersedia. Hari Jadi yang diharapkan disambut dengan gelak ketawa bertukar deraian airmata. Jangankan majlis, sepatah ucapan pun tidak terkeluar dari mulut mahupun sepotong baris pendek whatsapp. Kecewa. Sungguh. Tuhan sahaja yang tahu waktu itu. Saksi kepedihan atas segala yang telah dia lakukan. Dari situ aku mula mendekatkan diri dengan Allah. Aku tahu penampilan langsung tidak sempurna. Dengan rambut karat. Walaupun kau bersembahyang, yakinkah kau segala amalanku diterima? Tidak. Aku try untuk berubah. Aku dirikan solat walaupun rompong. oh yaa sebelum terlupa, akibat daripada kekecewaan yang teramat sangat disaat ditinggalkan. Aku telah membuat pilihan untuk memotong rambut pendek. Dan untuk pertama kalinya, aku xrasa menyesal potong rambut panjang aku yang kononnya aset paling mahal. LOL.

Jadi aku mula berubah ke jalan Allah. Aku persoalkan setiap apa yang dikirimkan ujian padaku. Aku tanyakan padanya "Ya Allah, tunjukkan aku jalanmu Ya Allah, Aku buntu" dan seperti ayat cliche yang kita selalu dengar " Jika dia jodohku maka kau dekatkanlah, dan jika bukan jau jauhkanlah" Sedangkan sebenarnya aku ni sendiri yang buta, bodoh tuli Ya Allah sedari awal lagi dah tunjuk, kau je yang buta untuk nampak Noon. -,-". Percaya atau tidak, dalam masa kurang dari 2 minggu aku sudah pun bangun. Bangun dari kekecewaan, Bangun dari keakitan & bangun untuk jadi lebih kuat. Entah bagaimana kekuatan yang timbul tu membakar semangat untuk ku berubah. Mungkin 2 3 minggu selepas itu, I mean birthday aku, entah macamana tergerak untuk pakai tudung keluar. Plannya nak pergi movie dengan Emma, tapi aku tergerak nak pakai and start buat deal dengan Emma. Saja nak cari geng teman pakai tudung, alasan konon nak test market if pakai tudung. Lol tak sangka idea aku diterima baik Emma. Haih emang dasar haha -.-

Dan balik dari movie, malamnya pergi lepak dengan the boys dekat Darus, entah ada 1 perasaan awkward yang teramat sangat. Mungkin inilah perasaannya, orang orang yang sudah bertudung then suddenly keluar tidak bertudung, Aku terasa bogel, seolah olah orang semua memandangku. Sama juga dengan keesokan harinya pergi ke kerja. Dan 1 perangai aku, mungkin juga perancangan Allah. Aku akan sentiasa terjaga jam 2 3 pagi. Lantas disitulah ku luahkan semua. Seolah keluar dating pula, perasaaannya Masha Allah, indah sehingga xmampu diucap dengan kata kata. :') Kutanyakan padanya dan kuadukan tentang conflict yang ada dalam diri sendiri. Tentang bagaiaman kalau aku sudah menutup aurat dan masih mahu terdedah sana sini. Bagaimana dnegan rambut. Apatah lagi dengan penerimaan orang sekeliling dengan penampilan baruku. Hati aku xsenang sepanjang tempoh Isnin sehingga Khamis. Mungkin terlampau memikir sehingga aku terbawa bawa ke mimpi.

Dan perasaan itu, malam jumaat dimana aku akan membaca yasin seperti kebiasaan rutin malam Jumaat aku. Entah apa yang aku mimpikan, sejurus bangun dari tidur untuk solat. Benda pertama yang aku capai adalah sehelai shawl berwarna hitam yang aku selalu pakai untuk masuk ke dewan exam ketika masih lagi study. Entah kenapa, aku capai shawl duduk depan cermin sambil cakap " Okay nak pakai macamni harini" weyy kau ingat kau main2 ke? terus cakap towel pergi mandi. *Dang* Sampai di office. orang 1st yang nampak. Adalah boss aku. Yes dia cina. Tapi dia faham sebab anaknya sendiri berkahwin dengan perempuan Islam dari Kelantan. Tapi yang buat pedih hati, "You not gonna wear it permanently right? For good. Only for today right? And I was like, what?? bagilah support sikit. But from other staff itself. Dorang accept me, the new me. All the project side yang tak pernah tegur pun notice the changes, And Im happy with it. Tapi hati aku masih berbolak balik sama ada untuk diteruskan ataupun tak. dan setiap diajukan soalan, mesti akan ada yang tolong jawabkan. "Takdelah dia saja saja pakai belum for good lagi" Yes boss aku. -,-" which yang lagi buat aku semangat untuk pakai tudung. Maybe I should thank Stella, Shes the one who give me strength to change and always give good advice.

Dan esoknya, aku bekerja dan bapa kekasih lama ingin datang melawat. On the way ke office, aku decided not to wear shawl. Sebab 1 aku taknak DN (bapa si dia yang dulu) cop aku dah berubah dan acah baik like come on lah kau baru start semalam kot. Then benda yang aku plan xjadi, entah tak tahu kenapa, the moment aku turun dari kereta, aku nampak guard aku senyum. Aku terus macam shit aku nak pakai tudung, terasa macam kau bogel. Dan guard tu sekadar senyum gatal menganjing. Arghh sudah. THANK GOD aku bawak shawl lebih. Dan Alhamdulillah aku masih berhijab sehingga sekarang dan tidak pernah timbul sedikit pun niat atau hasrat untuk cabut. Alhamdulillah. Baru aku tahu, berniatlah berubah atau apa sahaja kerana Allah SWT. In Sha Allah setiap tindakan kita yang ikhlas dan niat yang betul. In Sha Allah Allah akan tolong kita. Dan tolonglah. solat itu kan tiang agam. Kalau kita xpelihara macam mana kita nak berjaya. Betul kan?

No comments: