Total Pageviews

Wednesday, April 13, 2011

Saya BERLAGAK.

Dalam hidup ni.
xsemua benda yang kita nak kita dapat.
Ye aku tahu tu.
tapi kadang kadang hatiku berdetik.
"Kenapa tuhan berikan semua dugaan yang berat untuk aku?"

Sejak bulan lepas.
Pelbagai malapetaka menjelma.
Banyak masalah yang timbul.
Satu satu perit aku telan.

Tidak kah kau tahu Ya Allah
Aku bukanlah manusia yang kuat.
Hatiku bukanlah sekeras yang mereka jangka.
Perasaanku bukanlah seteguh yang mereka anggap.

Aku juga manusia biasa.
Tak pernah sedia untuk menghadapi segala dugaan engkau.
Terkadang diri kecil ini terduduk mengenang mu.
terjatuh menghadapi segala dugaan mu.

Engkau Maha Mengetahui.
Maka Engkau tahu apa yang aku lemahkan.
Tidak kah Engkau berasa terlalu berat beban yang aku tanggung sekarang?
Mungkinkah kau tawarkan pelangi setelah kau turunkan hujan yang lebat untukku>

Aku tahu semua nya Engkau telah rencanakan untukku.
Aku juga tahu Engkau telah takdirkan kan segalanya.
Dan aku juga tahu ENgkau akan selalu membantuku.
Aku redha Ya Allah atas segala ketentuanmu.

Aku bersumpah untuk tidak akan leka.
Aku bersumpah untuk tidak akan lali.
Aku bersumpah untuk tidak akan lupa lagi.
Paling penting aku bersumpah untuk tidak lalai lagi.

Maafkanku teman.
Kerana telah berlagak KUAT.
walaupun hakikatnya aku lemah.
Ye AKU MANUSIA LEMAH.

:'(

2 comments:

lowco said...

ahaks.mane ade mencarot!
rajin eh~

no'0n said...

stalker eh?
hahaha :D