Aku akur.
Aku pasrah.
Aku tunduk.
Tidak bisa berbicara.
Nadaku kadang kala keras.
Mindaku selalu tertewas.
Tidak pernah terniat untuk membalas.
Sehingga terasa seperti tidak mahu bernafas.
Aku tidak mampu lagi.
Tiada kudrat untuk berjuang lagi.
Tiada kata untuk menangkis lagi.
Tiada apa untuk disangkal lagi.
Semuanya sudah tertulis.
Maka,
Cuma satu pintaku.
Cuma satu pohonku.
Cuma satu permintaanku.
Permudahkanlah segalanya untukku.
Kuatkan hati, iman & akalku.
Untuk menempuh segala jalan hidupku.
Yang memang telah dicipta olehmu untukku.
Amin Ya Rabb.
No comments:
Post a Comment