Total Pageviews

Monday, March 28, 2011

Isi Hati

Kata hati aku buntu.
Lidah kelu untuk berkata.
Pergerakan semua tidak kena.
Emosi makin meruntun serta terganggu.
Mungkinkah aku sakit jiwa?

Dikala orang bahagia bersama malaikat yang diutus oleh Allah.
Berjanji setia sehidup semati.
Mengungkapkan seribu juta kata janji.
Menunggu masa untuk di abadi bersama.
Tapi aku? Masih sendirian menempuh segala liku liku.

Oh Tuhan.
Bukan ini yang aku pinta.
Aku manusia biasa.
Sering melakukan kesilapan.
Hanya terpana pada keindahan dunia.

Tapi percayalah.
Tidak sedikit pun aku melupakanmu.
Jasadku. rohaniku tetap milikmu.
Cuma terkadang leka dengan kekejaman dunia.
Alpa bahawa Engkaulah Penciptanya.

1st time melahirkan nukilan dek kerana xdapat tidur ;)
Lots of love,
no'on :D

No comments: